Showing posts with label funny. Show all posts
Showing posts with label funny. Show all posts

December 29, 2010

Oh ! Tiramisu...



Assalamualaikum !

Tiramisu merupakan sebuah drama romantis yang telah dilakonkan oleh Pierre Andre yang memegang watak sebagai Dani manakala Sharifah Amani telah memegang watak sebagai Melur. pelakon lain adalah seperti adik Mia Sara sebagai Ayesha, Tania Hudson sebagai Liyana, Shiela Mambo sebagai Puan Gai, Zain Ruffedge sebagai Faris, Faizal Yusof sebagai Alias, Dira Abu Zahar sebagai Intan, dan lain-lain lagi pelakon yang hebat. drama Tiramisu ini juga telah menggantikan drama Seribu Kali Cinta yang ala ala 50 First Dates dilakonkan oleh Adam Sandler dan Drew Barrymore tu. pena tengok tak?

jangan lepaskan peluang menonton drama ini setiap isnin-khamis pada jam 7 pm start next week ! kalau tak dapat tengok dekat tb boleh tengok secara online dekat http://www.tv3.com.my/

courtesy of google

SINOPSIS
TIRAMISU mengisahkan cinta antara dua insan yang sudah berkawan rapat di zaman sekolah, Melur (Sharifah Amani) dan Dani Mirza (Pierre Andre). Walaupun Dani seorang pelajar lelaki yang popular dan diminati oleh ramai pelajar perempuan tetapi Melur yang baru berpindah ke sekolah tersebut tidak meminati Dani seperti pelajar lain. Ini membuatkan Dani ingin mendampingi Melur dan berkenalan dengannya.
Sebenarnya, Melur mempunyai masalah keluarga kerana abang iparnya seorang kaki judi. Malah, Melur sering diganggu oleh pemiutangnya dan Dani telah menyelamatkannya. Sejak itu, Melur dan Dani mula berkawan. Terdapat keserasian antara Melur dan Dani tetapi mereka tidak memikirkan soal cinta kerana usia masih muda.
Dani menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang Chef Pastry walaupun ibunya, Puan Gai (Sheila Mambo) mengharapkannya menjadi seorang peguam yang berjaya. Melur sentiasa memberi sokongan kepada Dani dan mencadangkannya supaya memujuk ibunya dengan membuatkan kek Tiramisu. Akhirnya, Puan Gai mengalah dan menyokong cita-cita Dani.
Sebelum Dani menyambung pelajaran ke London, Dani berjanji sekiranya mereka masih bujang pada usia 28 tahun, dia mahu mengahwini Melur. Melur terharu. Mula-mula, mereka masih berhubung melalui emel. Lama-kelamaan, mereka terputus hubungan dan membawa haluan kehidupan masing-masing.
Beberapa tahun kemudian, Dani telah kembali ke tanah air sebagai Pastry Chef terkenal di London. Dani bercadang untuk membina empayar di Malaysia. Selain itu, Dani juga mahu mencari Melur namun kecewa kerana Melur telah berpindah. Lyana (Tania Hudson) yang meminati Dani sejak zaman persekolahan masih terpikat dengannya dan menaruh harapan supaya Dani akan jatuh cinta dan mengahwininya suatu hari nanti.
Dani dan Melur pernah berselisih beberapa kali tetapi tidak pernah bertembung muka. Suatu hari, Dani terserempak Melur bersama seorang budak perempuan, Ayesha (Mia Sara Nasuha).
Dia berasa kecewa kerana menyangka Melur telah berkahwin. Sebenarnya, Melur berkorban untuk keluarganya selepas kakaknya bercerai dan bekerja di Singapura.
Sejak itu, Melur bekerja di kedai bunga dan menjaga anak saudaranya, Ayesha. Walaupun Dani dapat tahu bahawa Melur masih bujang tetapi Faris (Zain Ruffedge) tidak pernah berputus asa untuk memikat hati Melur telah mengaku dirinya sebagai teman lelaki Melur. Sekali lagi, Dani memilih untuk mengundur diri.
Masih adakah jodoh untuk Melur dan Dani? apakah yang akan terjadi kepada mereka? JOM KITA TENGOK KISAH SELANJUTNYA DALAM SLOT AKASIA TV3......


p/s : memang lawak cite ni. sengal sengal ubi pun ade.
p/s/s : aku rase watak Pierre Andre sebagai budak sekolah kurang sesuai kot sebab muke tue. patotnye carilah yang mude sikit. teeheeee 
p/s/s/s : macam nak mkn kek tiramisu pulaks . sedapnyeeee !
p/s/s/s/s : pasni da balik kolej tak dapat nak tengok cite ni T_____T

till then. xoxo 
Photobucket

April 30, 2010

.3 orang gila.



ceritenye bermule begini.....

terdapat 3 orang gila di sebuah suatu institusi sakit jiwa...
mereka terdiri daripada junior, senior, dan veteran disusun mengikut jangka masa di institusi tersebut.

suatu hari, doktor yg merawat mental mereka mahu menguji keadaan mereka.
maka seorang demi seorang dipanggil..
junior orang pertama yg dipanggil oleh doktor..doktor tu memberi situasi..

"kalau kamu dihantar ke padang pasir, apa benda paling penting
yg akan kamu bawa bersama?"

junior berfikir seketika. "padang pasir panas..." doktor
angguk. "ada harapan nak dilepaskan ni..." hati doktor berdetik.
"jadi saya nak bawa air. haus kalau duduk sana."

doktor tersebut sangat senang hati mendengar jawapan junior.
kemudian, dia memanggil senior pula. soalan sama ditanya oleh doktor itu.

"yg saya tau, padang pasir tu panas..." senior berkata setelah
berfikir panjang.

"ya!" Jawab doktor terbabit penuh semangat.
"saya nak bawa kipas, mesti berpeluh betul duduk di sana!"
doktor berkenaan puas hati dengan jawapan yang diberikan. 

kemudian, veteran pula dipanggil.

"awak dah lama benar di sini kan?"
"ya, tuan doktor" jawab Veteran selamba.
kemudian doktor itu ajukan soalan sama seperti dua rakan veteran
sebelum ini.

"oh, padang pasir, memang panas betul sana," veteran tidak ambil
masa panjang berfikir, sambil menjawab dengan selamba sahaja.

"ya!" doktor cukup senang hati, dalam fikirannya pasti Veteran sudah
sembuh, boleh dilepaskan pada bila-bila masa.
"kalau begitu, saya rasa nak bawa pintu kereta..."

tersentak seketika doktor mendengar jawapan Veteran.
"kenapa pula nak bawa pintu kereta ke padang pasir?"
veteran dengan penuh yakin menjawab, "kerana, kalau panas sangat,
saya boleh buka tingkap kereta. masuk angin sikit!"



h~THE END~


Photobucket
 
Template by suckmylolly.com