August 20, 2010
| tak semua PEREMPUAN itu dianggap WANITA |
August 12, 2010
|lelaki sabotaj perempuan tak cantik?|
Lelaki akan kata : Wow, ade ciri2 isteri idaman.
Kalau perempuan tak cantik pendiam
Lelaki akan kata : Eh, tak reti ke nak berkomunikasi?
Kalau perempuan cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata : Mesti ada krisis nih. Kesian die.
Kalau perempuan tak cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata : Da la tak lawa, perangai burok pulak tu.
Kalau perempuan cantik menolong lelaki yg diganggu
Lelaki akan kata : Wow!Heroin sejati!
Kalau perempuan tak cantik menolong lelaki yang diganggu,
Lelaki akan kata : Hmm.. saje jek nak ngorat le tu.
Kalau perempuan cantik dapat lelaki hensem
Lelaki akan kata : Ok la. sesuai gitu macam pinang di belah dua.
Kalau perempuan tak cantik dapat lelaki hensem
Lelaki akan kata : Kesian. mesti dah kena bomoh lelaki tu!
Lelaki akan kata : Buta kayu betul la mamat ni.
Kalau perempuan tak cantik ditinggal kekasih
Lelaki akan kata : Patut pun kena reject.
Kalau perempuan cantik bawa BMW
Lelaki akan kata : Ntah dato' mana bela ni.
Kalau perempuan tak cantik bawa BMW
Lelaki akan kata : Mesti anak org kaya ni.
Kalau perempuan cantik tak mau bergambar
Lelaki akan kata : Pasti takut kalau2 gambarnya tersebar.
Kalau perempuan tak cantik tak mau bergambar
Lelaki akan kata : Sedar pun diri tu.
Kalau perempuan cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata : Wah. caring sungguh!
Kalau perempuan tak cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata : Eleh, gedik la tu.
Kalau perempuan cantik bersedih hati
Lelaki akan kata : Don't worry, i will make u happy forever.
Kalau perempuan tak cantik bersedih hati
Lelaki akan kata : Sikit2 nak nangis!! Gembeng! mengade betol!
Lelaki akan kata : Dah la lawa, pandai masak pulak tu.
Kalau perempuan tak cantik masak
Lelaki akan kata : Ntah sedap ke tak masakan dia tu.
Lelaki akan kata : Takpe, rindu la tu.
Kalau perempuan tak cantik main2 miss call
Lelaki akan cakap : Ko ni takde keje lain ke? tak nampak ke tengah sibuk ni?
Lelaki akan kata : Sukenya.
Kalau perempuan tak cantik hantar
Lelaki akan cakap : Asyik2 email dia… boring!!
August 07, 2010
|Gals vs High Heels|
July 21, 2010
.khas untuk anak dara sahaja.
Dalam masyarakat tradisi Melayu, terdapat banyak petua-petua melayu lama untuk perawan (anak dara) yang elok diamalkan agar sentiasa dipandang menarik, menawan dan cepat dipinang orang. Ini juga merupakan petua-petua yang boleh diamalkan terus oleh wanita yang telah berkahwin dan telah mempunyai anak.
Petua-petua berikut adalah koleksi dari berbagai pengalaman dan tulisan..
1. Bangkit Bersambut
2. Wajah Suci
3. Menyegarkan Payudara
4. Taman Semerbak
5. Lubang Jarum
6. Suara Perindu
7. Mengurut Pangkal Bunting Padi
8. Payudara Montok
1. Bangkit Bersambut
Apabila mahu tidur malam, duduk berlunjur dan rebahkan badan ke tilam tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Apabila mahu bangkit dan tidur, lunjurkan kaki dan bangunlah tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Cecah ibu jari kaki dengan kedua tangan.
2. Wajah Suci
Apabila bangun pagi, jika membasuh muka, elakkan dari mencucinya menggunakan sebarang alat pencuci atau mengesat muka dengan sebarang pengesat. Biarkan air itu kering sendiri pada muka. Jika mengambil air sembahyang pun, usahlah dikesat air itu, biarkan ia kering sendiri. Ini berfaedah mengekalkan kecantikan asli wanita, dan rnenjadikan muka bercahaya dan segar kerana pelembap asli muka tidak dibuang.
3. Menyegarkan Payudara
Apabila mandi, terutamanya di awal pagi, cucurkan air pancuran atau air paip ke atas kedua-dua belah payudara agar payudara sentiasa subur dan segar, tidak mudah jatuh
4. Taman Semerbak
Amalkan memakan makanan yang segar seperti ulam-ulam yang wangi baunya dan sayur-sayuran yang wangi sejak dari perawan. Amalkan sentiasa. Nafas dan badan juga akan menjadi wangi. Petua ini telah diketahui sejak beribu tahun yang lampau.
5. Lubang Jarum
Latih otot penahan kencing, seolah-olah seperti menahan dan hendak buang air kecil, kemutkan berulang-ulang. Kemudian kemutkan pula otot dubur seolah-olah mahu menahan dari buang air besar, berulang-ulang juga. Jika boleh jadikan ia amalan setiap hari.
6. Suara Perindu
Elakkan dari banyak memakan makanan yang pedas-pedas atau yang agak panas. Selalu minum air asam jawa. Berlatih bercakap dengan mengawal nada suara, jangan dilepaskan suara sewenang-wenangnya. Dikatakan bahawa suara perawan adalah bagai bunyi seruling yang merdu.
7. Mengurut Pangkal Bunting Padi
Biasakan mengurut di pangkal betis, iaitu dengan cara menekan dan memicit kawasan antara urat keting dan buah betis. Lakukan selalu, kerana ini baik untuk mempertingkatkan prestasi kepekaan rasa apabila jima’setelah berkahwin nanti.
8. Payudara Montok
Elakkan dari rneniarap di atas lantai sama ada di waktu siang atau malam, kerana meniarap dilantai akan mengendurkan payudara anda.
April 29, 2010
.ape ade dengan wanita??.
April 21, 2010
.for all gals outside.
.Kalau seorang lelaki akan pergi untuk 7 hari lawatan ke sesuatu tempat, dia akan pack untuk 5 hari punya outfits dan akan pakai baju yang sama 2 kali. Tapi kalau seorang perempuan akan pergi untuk 7 hari lawatan ke tempat yang sama, dia akan pack 21 outfits sebab dia tak tahu apa yang dia nak pakai untuk setiap hari kat sana nanti.
.Perempuan akan sentiasa rasa tak selamat tentang berat badan, punggung dan breast size mereka. Mesti ada yang tak kena.
.Perempuan akan rasa exited, heaven dan ‘terkawal’ bila berada di shopping complex. Nampak mall macam nampak Brad Pitt.
.Perempuan tak suka jawapan jujur bila dia tanya, “How do I look?”
.Perempuan sanggup memandu jauh untuk mengelakkan possibility untuk sesat kalau guna jalan shortcut.
.Perkara yang paling memalukan bagi seorang perempuan adalah apabila mengetahui ada seseorang memakai pakaian yang sama atau hampir sama dengan mereka. Tapi pernah tak anda dengar seorang lelaki berkata, “homaigod! There’s another man wearing the same black tuxedo, get me outta here!”
April 13, 2010
.mengenali wanita melalui posisi duduk.
Tahukah kamu bahawa hanya dari posisi duduk kita boleh melihat keperibadian seseorang wanita itu..nak tahu tak???
