Showing posts with label holiday. Show all posts
Showing posts with label holiday. Show all posts

December 28, 2010

begitulah kisah cuti saya.....



assalamualaikum and hye peoples !

as i've promised this before, here are some pictures that i wanna show you. aku malas nak bebel panjang panjang sangat sebab mood demam masih lagi ade so taknak la pening pening kan kepale yang senoneng ni. tanggal 23hb till 26hb my family da plan nak pegi vacation. mentang mentang holiday la katakan. macam macam destinasi yang dituju bile tibe musim cuti lagi lagi bile krismas menjelang. HOHOHO ! antara destinasi yang menjadi pilihan di hati.

MELAKA WONDERLAND THEME PARK & RESORT

belum masuk da teruja apelagi bile da masuk kan? rawr !
sangat ramai yang beratur beli tiket masuk. 
cuaca yang sangat hawt posing sementara menunggu ketibaan tiket masuk.
ibu serta 3 orang anak anak daranya.
pantai buatan sendiri. da macam mandi dekat beach betol betol
kecut  perut bile naik benda alah ni. nasib baik aku tak naik..
aksi yang sungguh menakutkan serta mengerikan
chicken dance oleh maskot yang comel comel
betol betol santai sambil tengok orang mandi. takde keje lain.
budak montel ni tido tanpa sedarkan diri sebab penat sangat.
ini muke owner belog ni. (promote diri)

setakat ni jela gambar dekat Melaka Wonderland Theme Park & Resort. aku malas nak mandi sebab tak bawak sun block. tak mandi pun da burn ape lagi bile mandi kan. susa betol jadi pompuan ni T______T

okeh next destination....

PANTAI MORIB, BANTING, SELANGOR

pemandangan yang indah di waktu senja
apakah haiwan itu ? cuba teka  
muke kepenatan tapi masih mampu tersenyum
ayah masih lagi pakai baju kerja sebab ayah terus jumpe kitorang lepas habis kerja. aku sebagai driver pada hari itu memang sangat penat sebab bertolak dari johor ke selangor semata mata nak jumpe ayah and meneruskan perjalanan ke destinasi yang seterusnya.

simpan dulu penat anda. ada banyak lagi picca tau......
perjalanan harus diteruskan malam itu jugak. okeh next destination....

CAMERON HIGHLAND

sampai Tapah rest kejap sampaila subuh. after solat baru teruskan perjalanan ke Cameron Highland. dalam perjalanan ke Cameron Highland kitorang sempat singgah di Hutan Lipur Lata Iskandar. besh woo sebab airnya yang sungguh sejuk.

adik aku yang poyo
kami merupakan lima beradik..
my parents sempat posing sakan kat air terjun tu
me and my sisters
nak posing jugak tak kireee !

dah puas posing dekat sini kitorang teruskan perjalanan sampai ke Cameron Highland. perghhh jauh gile ! dengan jalan yang bengkang bengkok macam tu memang la boleh buat orang mabuk.

first day : ladang teh
my beloved mami & dedi
terbaik dari ladang......
singgah beli oleh oleh. sungguh teruja !
waiting for mami and dedi yang tengah soping beli teh

first day : flower farm

first day : kebun sayur
sungguh fresh...
bertungkus lumus membanting tulang

second day : strawberry farm
strawberry Cameron yang segar
peace !

lepas check out hotel kitorang teruskan perjalanan ke Ipoh pulaks. ramai gile orang cuti krismas hari tu. then barulah teruskan perjalanan balik semula ke johor dengan senang hati. balik dari Cameron Highland kitorang adik beradik mabuk and muntah sebab tak biase dengan jalan ke Cameron yang bengkang bengkok macam tu. tapi memang seronok la sebab dapat bercuti dengan family.

till then. xoxo 

Photobucket

November 30, 2010

bahagianye jadi budak ipta !


hello people !

seronok tak terkire sebab baru habis 2 paper ! 2 paper pun da eksaited nak mampos kan. ape lagi kalau semua paper. meloncat loncat kegembiraan. weehoo ! so bermule la cuti sem yang dinanti-nantikan walaupun hanya dapat 2 minggu saje before masuk sem baru. so sad T___T terase ade unsur-unsur kekejaman di situ ! kenape la UM ni tak mule exam cepat. dapat la aku enjoy puas-puas tonggang tonggeng kat ghumah. bahagie !
 

tapi bahagie yang aku nak cakap ni bukan bahagie untuk diri aku tapi betape bahagianye jadi budak ipta start 2011/2012. syok habis kau ek ! sebab ape? menurut sumber-sumber yang dipercayai mereka yang bakal bergelar penuntut ipta ni akan mendapat cuti honeymoon. percaye atau tidak? sile la percaye =____= so lepas ni bule la booking ticket flight. pegi la kau  cuti dalam mase 4 bulan. what? 4 bulan? seronok woO ! kepade sesiape yang nak mendirikan rumah tangge dalam mase 4 bulan tu dipersilekan. oh ! betape bahagianye ! plus sebab Kementerian nak standardkan ipta style international.
 
aku pun taktau la betul ke ape yang aku dengar ni. da sumber cakap betul, betul la kot. kalau sumber tu salah maknenye salah la kan. dalam hati cakap : kenape la aku masuk awal sangat ni? kalau masuk lewat sikit kan bagus. dapat la rase cuti honeymoon ni. haha ! kalau buat partime time tu  pun masyuuukk tuh ! da bule kumpul duit kawen. haha.  berangan la kau ! 
 
nak tau cube la korang kelik SINI

p/s : untungnye ! time cuti tu buat la keje yang berpekdah sikit.
p/s/s : jangan nak menghabeskan bogheh kek uma =____= yo !

source : youtube

sambil sambil tu meh tengok video budak somel ni. rase macam nak picit-picit jek pipi die !
 
selamat bercuti people
Photobucket

Photobucket
 
Template by suckmylolly.com