salam semue..
aku ade terbace satu fakta kat METRO arini..
fakta tuh berbunyi camni..
" WANITA JELITA BAWA PENYAKIT "
LONDON: Menemui wanita cantik adalah tidak baik untuk kesihatan anda.Menurut kajian saintis Universiti Valencia, dengan hanya lima minit bersama dengan seorang wanita jelita boleh meningkatkan paras kortisol, hormon stres tubuh. Kesan itu meningkat dikalangan lelaki yang percaya wanita berkenaan bukan setaraf dengan mereka.
Kortisol dihasilkan oleh tubuh di bawah tekanan fizikal dan psikologi dan dikaitkan dengan penyakit jantung.
Dua orang asing, seorang lelaki dan seorang wanita juga berada pada bilik yang sama. Apabila wanita berkenaan meninggalkan bilik dan responden hannya tinggal bersama lelaki asing itu, tahap tekanannya tidak meningkat. Apabila responden hanya berdua dengan wanita asing itu, tahap kortisol mereka meningkat.
Penyelidik merumuskan, "dalam kajian ini, kami menganggap bagi kebanyakan lelaki, kehadiran wanita jelita mungkin mencetuskan persepsi bahawa terdapat peluang untuk berkenalan. Walaupun sebahagian lelaki mengelak untuk menemui wanita jelita kerana beranggapan mereka tidak setaraf, majoriti akan berasa bimbang serentak dengan tindak balas hormon. Kajian menunjukkan paras kortisol lelaki meningkat selepas pendedahan sosial lima minit dengan wanita muda dan jelita. Kortisol boleh memberi kesan positif jika dosnya kecil. Tetapi jika parasnya meningkat begitu tinggi, ia boleh memburukkan kesihatan seperti sakit jantung, kencing manis, darah tinggi, dan mati pucuk".-METRO: 5 mei 2010-
p/s:moral of the story->kepade lelaki2 kat lua sane..
1. berhati2 la ye sebab kalo paras kortisol makin meningkat alamatnye mati pucuk la..ehee...(jgn marah)..
2. jgn pilih orang yg cantik sebagai teman idup anda..(◡‿◡✿)
2 kiss(s):
ehhehehe.. mcm penah ku bace topik nih tapi di mana ya... heheh salam singgah di waktu ptg lalu follow.. nice blog.. :)
nice blog..=)
www.thirteen0four.blogspot.com
Post a Comment