April 15, 2011

Dinner at Grand Dorsett Hotel, Subang



Assalamualaikum !

ekceli dinner kat Grand Dosett Hotel ni da lama da. tak silap 3 April haritu. cume nak hapdate kat my vlog baru je nak buat ni. orang busy memang macam tu. ok fine ! malas nak bebel banyak-banyak...

im presenting.........

gambar-gambar orang yang sama je kan? itu maksudnya owner vlog ni nak amek feel untuk menghapdate vlognya. cheeeeaaaah !

with ehem ehem.... no komen !

selesai suda gambar bersama kawan-kawan sebilik, sefakulti, sekolej, dan seuniversiti. 3 tahun hidup dekat UM merupakan suatu kenangan yang indah bagi saya. wuwuwu.

siapa kenal artis ni?? cuba teka siapa dia??

antara makanan yang dihidangkan pada malam tu. 

theme : 1 Malaysia. nampak agak patriotik disitu. teeheee.. 


lots of  
Photobucket

April 11, 2011

Hari Kejadian Saya dan juga Si Dia



Assalamualaikum !

Selamat Malam semua :)
Hari ni merupakan hari kejadian di mana hari terjadinya seseorang atau sesuatu. terjadi dengan sebab ade yang menjadikan atau dijadikan oleh sesuatu. masa kejadian iaitu 11 April merupakan suatu tarikh di mana kejadian itu terjadi. nak tawuuuu? oke lets sing a song together.

KEJADIAN PERTAMA

♪ ♫ HAPPY BIRTHDAY TO YOU
YOU BORN IN THE ZOO
WITH MONKEY AND KANGAROO
HAPPY BIRTHDAY TO YOU ♪ ♫

ok nampak tak? nampak tak? ke kurang penglihatan lagi? tak nampak tu sila-sila la tambah power. wuwuwuwu. ekceli entry kali ni adalah untuk mengumumkan yang vlog saya sudah pun berusia setahun jagung. da besau da belog ni. oh vlogku yang tersayang, HAPPY BIRTHDAY darla. nanti kita makan cake sama-sama oteh shayang. sorry sangat sebab asek ignore u je baby. lebiu muah3x.

oOps ! cube tengok betol-betol. tadi kan suruh tambah power. udah tambah nggak? kalau da tambah apa lagi yang korang boleh nampak di situ? ke nak kena zoom? okeh jom kite zoom !

KEJADIAN KEDUA


yey ! nak mengumumkan yang today is The Day ! tanks sangat-sangat pada yang wish my bufday pada hari ni. terhawuuuu (terharu) sangat. tanks juga pada yang mendoakan saye. im appreciate dat. amin ! tak lupe juge pada one of my bestie for the suprise. finally dapat jugak makan Choco Indulgence cake from Secret Recipe. oh ! my peberet cake. tanks dear. ekceli vlog ni telah dijadikan oleh owner vlog ni tepat 11 April bersempena dengan tarikh dirinya dijadikan.

yummy ! tanks diba for the cake. i like it very very much ! somel sangat...


Photobucket

March 28, 2011

Malam Getaran Jiwa 3rd year student of Akademi Pengajian Melayu



Assalamualaikum !

Happy Monday to all my sunshine =)

Sebagai pelajar tahun akhir di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya setiap tahun mesti dirai oleh adik-adik junior. buktinya boleh la tengok picture kat bawah ni. gambar tak banyak sangat sebab upload kat sini. nak tengok boleh la klik HEHE.

student Jabatan Bahasa Melayu bergambar bersama lecturer. 

theme : Malam Getaran Jiwa

p/s : mood tak sampai nak hapdate belog T_____T


lots of  
Photobucket

March 18, 2011

Selamat Tinggal



Assalamualaikum !

"setiap pertemuan pasti ada perpisahan"


Siyes ! ekceli aku taktau siapa yang nyanyi lagu Selamat Tinggal ni. rupa-rupanya Zizan Raja Lawak dengan Dina dalam program Gelanggang Raja Lawak 5 dekat Astro Prima channel 105. tak sangka dalam video muzik ni Zizan boleh rap. bila tengok muka Zizan siyes pun pada aku jadi lawak. HAHA ! aku takdela selalu sangat follow Raja Lawak ni tapi kadang-kadang layankan jela. fyi, malam ni merupakan Gelanggang Akhir Raja Lawak. nak tahu siapa yang bakal jadi juara boleh la tunggu kat depan telibisyen pukul 9 malam hari jumaat channel 105 kat Astro. tungguuuuuu tauuuuu ! 

eh eh bukan nak cakap pasal Raja Lawak wak wak tu okey ! ni nak cakap pasal Muzik Video Penyingkiran Raja Lawak musim ke-5 yang kat atas tu. lagu ni jadi lagu tema setiap kali bila ada yang tersingkir dari Program Raja Lawak tu. kunun-kunun macam sedih la kan. tapi aku tengok diorang macam hepi je bila terkeluar. luaran je kot, tapi dalaman terus berlari-lari anak di dalam hujan kunun-kunun tiada siapa tahu diri ini sedang menangis. cheeeeaaah ! 

bukan nak cakap pasal Zizan or Dina dalam video muzik ni tapi kan tapi kan nak cakap cuba korang tengok betul-betul muka pelakon dalam video ni. muka laki tu macam muka Aidil Zafuan si kembar Zaquan Adha tu. yang si perempuan tu pulak macam ala-ala Ana Raffali yang tak habis-habis asyik Tolong Ingatkan Aku tu. tak percaya? ok fine ! silalah tengok. pfffffffttt ! *dalam hati : ke perasaan aku je yang rasa muka diorang begitu (?)

p/s : tapi still tak percaya Zizan boleh rap dalam lagu ni. cool meh !

lots of  
Photobucket

March 17, 2011

Masakan ala-ala steamboat versi Chef Ana



Assalamualaikum !

Annyonghaseyo.

Perut berbunyi-bunyi menandakan sudah sampai waktu untuk diisi. cacing-cacing suda kepanasan tak bole duduk diam sebab mintak disuap. tak reti sabar betol diorang tu kan? so dengan membawa perut yang kosong, aku dengan rumate aku Aini bersiap-siap untuk pegi Giant Amcorp Mall sebab tu je la Giant yang paling dekat. hehehe ! sampai je Giant kitorang rembat je barang-barang yang kitorang nak beli then balik dengan membawa barang-barang yang ada. phewwwww legewwww !

Jom kita mulakan memasak steamboat versi Chef Ana !

mushroom tu nampak sedap bukan?
dengan kerajinan yang ada hasilnya carrot dipotong dengan sebegini rupa
hasil rembatan kitorang. naga Tasik Chini pun kalah kan?
eh eh kata nak masak steamboat. ala ni la dinamakan multiplayer. mihun sup boleh steamboat pun boleh. bijak tak?
tadaaaaaa.... siap dan boleh dimakan... yum !

Apa tunggu-tunggu lagi? pegila Giant cepat kalau nak makan ala-ala steamboat versi Chef Ana ni. bukan susa pun nak masak macam ni kan? campak-campak da siap. jangan salah campak suda ! lagi satu nak lagi vavavoooom rasanya bolehlah ditambah dengan sedikit lada hitam. nak letak pati ayam Knorr lagi la boleh. ikut suka hati korang la. yang penting makan terus masuk perut okeh? *blurrrrrrrp... Alhamdulillah.... hehehe !

SELAMAT MENCUBA
p/s : masakan orang bujang la katakan... haruslah simple !

lots of  
Photobucket

March 15, 2011

baik tapi tak hensem atau tak baik tapi hensem?



Assalamualaikum !

Sebagai manusia yang single di atas muka bumi ni mereka takkan lari dari persoalan-persoalan macam ni :

1. eh apesal kau single lagi ni? tak laku ke?
2. alaaaa memilih sangat la tuuuuuuuu.... (sambil buat muncung panjang-panjang)
3. muka buruk sebab tu la takde orang nak... wadafak !

Siapa yang taknak ada boifren? siapa yang taknak dapat boifren kaya raya, hensem gila vavi, best student selalu dean list every sem, bawak fairlady pegi kelas. memang macho habis la sebab dapat membuat gadis-gadis cair-mair. sedangkan budak sekolah tadika pun da pandai tulis surat chenta. apa lagi kita yang da meningkat remaja ni. hormon semakin lama semakin meningkat. so hormon tu la yang memainkan peranan untuk kita mempunyai perasaan terhadap orang yang berlainan jantina dengan kita. ni kalau da dari sekolah tadika da tahu skills cara-cara mengurat aweq yang lebih berkesan, memang parah la budak tu bila besar nanti. so awasi anak-anak anda okey !


Untuk cari seseorang yang baik kat atas muka bumi ni memang ada tapi kebanyakan mereka tidak la mempunyai rupa paras yang menarik. means kat sini hensem gila and macho habis. mereka sebegini selalunya akan lebih bersikap sedar diri sebab mereka takde sumtink yang boleh dibanggakan malainkan berbuat baik kepada orang lain. bersyukur la dengan apa yang ada dan selalu merendah diri. golongan orang macam ni memang banyak kalau kita cari. so dun wori la kepada sesiapa yang mengidamkan jejaka seperti di atas ini.

Tetapi untuk mencari jejaka hensem yang baik memang susah. kebanyakan mereka banyak tergolong dalam golongan 'player'. pada mereka dengan rupa paras yang ada mereka akan merasa puas jika setiap kali dapat mempermainkan perasaan gadis-gadis malang ini. bila da enjoy mereka akan merasa gian untuk mencuba bagi kali yang seterusnya. pada mereka juga gadis-gadis malang ni dianggap sebagai patung Barbie Doll yang boleh dibogelkan dan boleh dipakaikan baju bila-bila masa saja. watahellyou !

So, which one do you prefer? BAIK tapi TAK HENSEM or TAK BAIK tapi HENSEM? untuk mencari seseorang yang sempurna atas muka bumi ni memang takkan pernah jumpa. tapi untuk mencari seseorang yang hampir dengan kesempurnaan itu memang pasti ada. tak salah kalau memilih tapi biarlah berpada-pada. apa guna harta setinggi gunung kalau hidup tak sebahagia yang disangka? apa guna rupa paras menarik tapi hati busuk dan bernanah? sometimes kita takkan sedar apa yang berlaku kat sekeliling kita melainkan kita sendiri rasakan semua tu. jangan selalu menyalahkan takdir seseorang sebab apa yang berlaku mesti ada hikmahnya. siapa kau untuk menentukan jodoh seseorang malainkan DIA......

The End.

with 
Photobucket

March 14, 2011

E-Day yang Vavavoooooom !



Assalamualaikum !

Selamat Malam.

Cepat je mase berlalu. rasa macam semalam baru balik JB terchenta. padahal tak sedar diri da lame cuti dekat rumah tu. bila da sedap duduk rumah tiba-tiba perasaan malas tu muncul dalam diri. malas nak balik KL. urgh ! kalau bole nak cuti lama-lama kat rumah. alangkah seronoknye. heaven kan?

Ok fine ! bukan nak berimaginasi duduk kat rumah lama-lama. entry ni ditujukan khas untuk my dear fren Nureen Izzyani yang selamat melangsungkan majlis pertunangannya dangan tunang terchenta Harul Hady. congrate dear. nanti kawen jangan lupe jemput i okey ! stop here and lets the pictures tell everything.

Nureen's Big E-Day

SELAMAT BERTUNANG NUREEN SAYANG

p/s : i wish bila bangun tido esok aku da jadi tunang orang. boleh tak macam tu? kuikuikui

with ♥ 
Photobucket

Photobucket
 
Template by suckmylolly.com