March 28, 2011

Malam Getaran Jiwa 3rd year student of Akademi Pengajian Melayu



Assalamualaikum !

Happy Monday to all my sunshine =)

Sebagai pelajar tahun akhir di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya setiap tahun mesti dirai oleh adik-adik junior. buktinya boleh la tengok picture kat bawah ni. gambar tak banyak sangat sebab upload kat sini. nak tengok boleh la klik HEHE.

student Jabatan Bahasa Melayu bergambar bersama lecturer. 

theme : Malam Getaran Jiwa

p/s : mood tak sampai nak hapdate belog T_____T


lots of  
Photobucket

March 18, 2011

Selamat Tinggal



Assalamualaikum !

"setiap pertemuan pasti ada perpisahan"


Siyes ! ekceli aku taktau siapa yang nyanyi lagu Selamat Tinggal ni. rupa-rupanya Zizan Raja Lawak dengan Dina dalam program Gelanggang Raja Lawak 5 dekat Astro Prima channel 105. tak sangka dalam video muzik ni Zizan boleh rap. bila tengok muka Zizan siyes pun pada aku jadi lawak. HAHA ! aku takdela selalu sangat follow Raja Lawak ni tapi kadang-kadang layankan jela. fyi, malam ni merupakan Gelanggang Akhir Raja Lawak. nak tahu siapa yang bakal jadi juara boleh la tunggu kat depan telibisyen pukul 9 malam hari jumaat channel 105 kat Astro. tungguuuuuu tauuuuu ! 

eh eh bukan nak cakap pasal Raja Lawak wak wak tu okey ! ni nak cakap pasal Muzik Video Penyingkiran Raja Lawak musim ke-5 yang kat atas tu. lagu ni jadi lagu tema setiap kali bila ada yang tersingkir dari Program Raja Lawak tu. kunun-kunun macam sedih la kan. tapi aku tengok diorang macam hepi je bila terkeluar. luaran je kot, tapi dalaman terus berlari-lari anak di dalam hujan kunun-kunun tiada siapa tahu diri ini sedang menangis. cheeeeaaah ! 

bukan nak cakap pasal Zizan or Dina dalam video muzik ni tapi kan tapi kan nak cakap cuba korang tengok betul-betul muka pelakon dalam video ni. muka laki tu macam muka Aidil Zafuan si kembar Zaquan Adha tu. yang si perempuan tu pulak macam ala-ala Ana Raffali yang tak habis-habis asyik Tolong Ingatkan Aku tu. tak percaya? ok fine ! silalah tengok. pfffffffttt ! *dalam hati : ke perasaan aku je yang rasa muka diorang begitu (?)

p/s : tapi still tak percaya Zizan boleh rap dalam lagu ni. cool meh !

lots of  
Photobucket

March 17, 2011

Masakan ala-ala steamboat versi Chef Ana



Assalamualaikum !

Annyonghaseyo.

Perut berbunyi-bunyi menandakan sudah sampai waktu untuk diisi. cacing-cacing suda kepanasan tak bole duduk diam sebab mintak disuap. tak reti sabar betol diorang tu kan? so dengan membawa perut yang kosong, aku dengan rumate aku Aini bersiap-siap untuk pegi Giant Amcorp Mall sebab tu je la Giant yang paling dekat. hehehe ! sampai je Giant kitorang rembat je barang-barang yang kitorang nak beli then balik dengan membawa barang-barang yang ada. phewwwww legewwww !

Jom kita mulakan memasak steamboat versi Chef Ana !

mushroom tu nampak sedap bukan?
dengan kerajinan yang ada hasilnya carrot dipotong dengan sebegini rupa
hasil rembatan kitorang. naga Tasik Chini pun kalah kan?
eh eh kata nak masak steamboat. ala ni la dinamakan multiplayer. mihun sup boleh steamboat pun boleh. bijak tak?
tadaaaaaa.... siap dan boleh dimakan... yum !

Apa tunggu-tunggu lagi? pegila Giant cepat kalau nak makan ala-ala steamboat versi Chef Ana ni. bukan susa pun nak masak macam ni kan? campak-campak da siap. jangan salah campak suda ! lagi satu nak lagi vavavoooom rasanya bolehlah ditambah dengan sedikit lada hitam. nak letak pati ayam Knorr lagi la boleh. ikut suka hati korang la. yang penting makan terus masuk perut okeh? *blurrrrrrrp... Alhamdulillah.... hehehe !

SELAMAT MENCUBA
p/s : masakan orang bujang la katakan... haruslah simple !

lots of  
Photobucket

March 15, 2011

baik tapi tak hensem atau tak baik tapi hensem?



Assalamualaikum !

Sebagai manusia yang single di atas muka bumi ni mereka takkan lari dari persoalan-persoalan macam ni :

1. eh apesal kau single lagi ni? tak laku ke?
2. alaaaa memilih sangat la tuuuuuuuu.... (sambil buat muncung panjang-panjang)
3. muka buruk sebab tu la takde orang nak... wadafak !

Siapa yang taknak ada boifren? siapa yang taknak dapat boifren kaya raya, hensem gila vavi, best student selalu dean list every sem, bawak fairlady pegi kelas. memang macho habis la sebab dapat membuat gadis-gadis cair-mair. sedangkan budak sekolah tadika pun da pandai tulis surat chenta. apa lagi kita yang da meningkat remaja ni. hormon semakin lama semakin meningkat. so hormon tu la yang memainkan peranan untuk kita mempunyai perasaan terhadap orang yang berlainan jantina dengan kita. ni kalau da dari sekolah tadika da tahu skills cara-cara mengurat aweq yang lebih berkesan, memang parah la budak tu bila besar nanti. so awasi anak-anak anda okey !


Untuk cari seseorang yang baik kat atas muka bumi ni memang ada tapi kebanyakan mereka tidak la mempunyai rupa paras yang menarik. means kat sini hensem gila and macho habis. mereka sebegini selalunya akan lebih bersikap sedar diri sebab mereka takde sumtink yang boleh dibanggakan malainkan berbuat baik kepada orang lain. bersyukur la dengan apa yang ada dan selalu merendah diri. golongan orang macam ni memang banyak kalau kita cari. so dun wori la kepada sesiapa yang mengidamkan jejaka seperti di atas ini.

Tetapi untuk mencari jejaka hensem yang baik memang susah. kebanyakan mereka banyak tergolong dalam golongan 'player'. pada mereka dengan rupa paras yang ada mereka akan merasa puas jika setiap kali dapat mempermainkan perasaan gadis-gadis malang ini. bila da enjoy mereka akan merasa gian untuk mencuba bagi kali yang seterusnya. pada mereka juga gadis-gadis malang ni dianggap sebagai patung Barbie Doll yang boleh dibogelkan dan boleh dipakaikan baju bila-bila masa saja. watahellyou !

So, which one do you prefer? BAIK tapi TAK HENSEM or TAK BAIK tapi HENSEM? untuk mencari seseorang yang sempurna atas muka bumi ni memang takkan pernah jumpa. tapi untuk mencari seseorang yang hampir dengan kesempurnaan itu memang pasti ada. tak salah kalau memilih tapi biarlah berpada-pada. apa guna harta setinggi gunung kalau hidup tak sebahagia yang disangka? apa guna rupa paras menarik tapi hati busuk dan bernanah? sometimes kita takkan sedar apa yang berlaku kat sekeliling kita melainkan kita sendiri rasakan semua tu. jangan selalu menyalahkan takdir seseorang sebab apa yang berlaku mesti ada hikmahnya. siapa kau untuk menentukan jodoh seseorang malainkan DIA......

The End.

with 
Photobucket

March 14, 2011

E-Day yang Vavavoooooom !



Assalamualaikum !

Selamat Malam.

Cepat je mase berlalu. rasa macam semalam baru balik JB terchenta. padahal tak sedar diri da lame cuti dekat rumah tu. bila da sedap duduk rumah tiba-tiba perasaan malas tu muncul dalam diri. malas nak balik KL. urgh ! kalau bole nak cuti lama-lama kat rumah. alangkah seronoknye. heaven kan?

Ok fine ! bukan nak berimaginasi duduk kat rumah lama-lama. entry ni ditujukan khas untuk my dear fren Nureen Izzyani yang selamat melangsungkan majlis pertunangannya dangan tunang terchenta Harul Hady. congrate dear. nanti kawen jangan lupe jemput i okey ! stop here and lets the pictures tell everything.

Nureen's Big E-Day

SELAMAT BERTUNANG NUREEN SAYANG

p/s : i wish bila bangun tido esok aku da jadi tunang orang. boleh tak macam tu? kuikuikui

with ♥ 
Photobucket

March 08, 2011

Wanita adalah miracle dan kaum lelaki patut menghargainya....



Assalamualaikum !

Hye everyone ! meet again yaww ! tau tak kamu kamu hari ni hari apa? hari..... yang.... ceria ! yey ! eh eh bukan la. memang la hari ni hari yang ceria tapi hari ni merupakan HARI WANITA yang ke 100 tahun yang disambut pada tanggal 8haribulanMac every year. betapa bangganya kita sebagai kaum wanita di dunia ni sebab dapat menyambut HARI WANITA kan? lelaki takde hari yang spesel macam kitorang ni. diorang tak payah sambut HARI LELAKI sebab diorang tak SPESEL ! (saje higlight kan bagi nampak sikit) KAHKAHKAH 

kamu kaum lelaki selaku abang abang yang terhormat sila dengar sini baik baik. cik abang semua kena la hargai kaum yang berlainan jantina anda tak kira la nenek anda ke ibu anda ke kakak anda ke adik perempuan anda and siapa siapa jela. janganlah bersikap kasar terhadap wanita. Keganasan adalah membunuh ! ingat tu sayang sayang semua. JANGAN MENGGANAS okey? teeeheee...


wanita dengan air mata memang tak dapat dipisahkan aite? sebab apa diorang sanggup menitiskan air mata darah? sebab air mata tu free je. bukan kena bayar pun kalau keluarkan dari mata. betul tak? ok fine ini serius okeh. sebab sebab wanita menitiskan air mata :

1. mencuci mata 
2. mengurangkan stress
3. tanda keinsafan
4. sebagai ugutan emosi
The world stops at the moment when women cry
source : Mujahidah Muslimah  

lelaki pulak konon konon taknak nangis sebab nanti jatuh ego diorang. betul tak? eleh padahal nanti masuk jamban nangis la kau puas puas. kan? T______T 

                                                                                                                                                                                                   with ♥ 
Photobucket

March 01, 2011

Movie Marathon : PERSONAL TASTE. Tiba-tiba aku macam tersuka Lee Min Ho. Heart him damn much !



Assalamualaikum !

Annyonghaseyo !

Hye SUNSHINE ! OMG sorry sebab aku telah mengabaikan belog aku yang tershayang ni dengan begitu lame. oh shayang ! takmo sedih sedih okeh. nanti mama belikan cokelat. haaa...suke tak suke tak(?) ...erk...ade mulut ke belog aku ni? ok fine ! abaikan je..

Sorry guys for the lacking of update T_____T. tak sedar tu azam tahun ni nak tulis beribu ribu lemon entry tapi malas kau nak hapdate ek. dasar budak pemalas ! grrrrr~ bukan taknak hapdate tapi sebab dating dengan Lee Min Ho untuk beberapa hari ni. oh oh terase macam nak gugur je jantung aku ni. sebab tu macam takde mase nak hapdate. gile perasan budak ni... !

Tiba tiba aku macam terus fall in  dengan Lee Min Ho. gara gara tengok cite PERSONAL TASTE la ni. ok fine ! aku memang ketinggalan zaman jahiliyah sebab lambat tengok cite ni. even cite ni macam lembab tahap siput vavi je kan tapi aku suke gile dengan style Lee Min Ho dalam cite ni. aku tak sangka pulak yang LMH ni hensem. sebab time cite BOYS OVER FLOWER tu aku terase macam LMH ni buruk gile kot. dengan rambut gulung gulung macam tu. Ops ! sorry terkutuk lak. ni bukan mengutuk tapi memberi kata kata perangsang. perangsang la sangat kan.

geli giler kot rambut LMH dalam Boys Over Flower

tapi kan tapi kan....
so sweeeeeeet okeh. heart him dem much !
comel gile muke heroin cite ni sambil cube membayangkan diri sendiri di sebelah LMH. tercabut terus kot jantung aii ni
ni pun sweet jugak sambil buat mata kelip kelip
seronok dapat housemate macam ni. sentiasa menjaga kecantikan luaran dan dalaman
picture courtesy of google

okeh pada yang belum tengok lagi cepat cepat la tengok. rugi tak tengok sebab dalam cite ni LMH hensem and cool. ade ke jejaka Mesia cool macam tu? kalau ade nak satu boleh? HEHE. aku kadang kadang konfius gak kenapa cite Korea ni mostly hero mesti hensem dan cool. tapi heroin mesti macam clumsy sikit. agaknya memang cite Korea macam tu kot. whateva la yang penting i  Lee Min Ho. oppa ! saranghae...

Ghamsa hamnida sebab sudi luangkan masa baca entry ni. ok bai 
Photobucket

Photobucket
 
Template by suckmylolly.com