Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

July 27, 2010

.cara-cara menSUCIkan hati.


| salam |

bosan. arini sume kelas tade. cuz sume lecturer jabatan aku pegi china.
o0ps lupe nak wish.
' selamat datang kepada PELAJAR BEIJING FOREIGN STUDENT UNIVERSITY ( BFSU ) '
arini diorang sampai kat fakulti aku. semalam diorang sampai KLIA.
so arini la baru diorang jejakkan kaki diorang kat AKADEMI PENGAJIAN MELAYU.
wah gitu..!
terlintas pulak dalam hati : ' bile la aku nak pegi sane..'

ekceli aku bukan nak cite pasal budak BFSU tuh. aku nak bagi tips sikit camne ekau nak sucikan ati ekau sendiri.hati kite nih salah satu organ paling penting dalam badan kite. sebab tuh la if sumone yang sampai hati die buat sumtink dkt kite dikatekan mereka tidak ade hati. oit! betul ke macam tuh? so marilah yo kito samo2 mencekidautkan diri kito pepagi buto nih. haha.



|| wudhu a.k.a air sembahyang ||
if korang nak tau wudhu' tuh la salah satu care kite nak sucikan ati kite. dengan wudhu' kite bule hilangkann rase marah, rase tension, rase sedih. if kite ade rase x tenang pun eloklah cepat2 kite amek wudhu'. then da lepas amek wudhu' tu cepat2 la wat solat2 sunat ke. o0opss pastikan ye solat yang wajib da buat dulu. sebab tuh kan wajib. lepas wajib barula sunat. 

|| buat baek pade sume orang ||
haa. ni satu lagi nih. if ade la sumone ni nak tumbuk kite ke terajang kite ke mestila kite baran kan..? kn..? rase diri ni macam nak terajang balek, then nak letak 102 jari kaki nih kat muke bengang die tuh. baru tau sape terer sape tak terer kan..?  my lebely mom ade pesan kat aku, if ade orang yang xpuas ati dengan kite, biakan jek. xpayah ngengade nak balas,2 balek. sebab nanti bia tuhan yang balas ape yang die wat. betul gak tuh.. kn?

|| jangan buat maksiat ||
ye. sekarang maksiat semakin berleluase. memang xbule nak kate ape lagi la. setan ade je kat mane2 hasut kite. kite xsedar pun kan. sume orang pena buat silap. i cant deny la kan. mane ade orang yang perfect kat dunie ni. tapi kite bule berubah kan..? so, selalu la ingat tuhan. okeh?

|| bulan pose ||
lagi 2 weeks nak pose. uish. da nak masuk bulan ramadhan la. seb bek aku da abes ganti pose. ha cakap pasal bulan pose ni opkos la sume umat islam kene pose kan. wajib tauk! so, bulan pose ni la kite kene amek kesempatan buat amal banyak2. banyak dapat pahale tuh. so fikir2 kan la dan selamat beramal. hehe.

|| gune klorox ||
if memang ati tuh da hitam legam da tak dapat nak bersihkan, sental camne pun memang xbule gak, beli klorox2 yang ade jual kat kedai nun. ha pakai la kau. mane tau bersih, suci, berkilat ke kan.
dah tuh nak wat camne lagi kan. haha.

tuh je la tips2 yang aku mampu bagi. ingat!tak sume orang baik kat dunie ni. and tak sume jugak orang jahat kat dunie ni. so kite kene pandai2 nilai sendiri. okeh?

| see for the next entry. babai |


July 21, 2010

.khas untuk anak dara sahaja.


salam..

aku ade bukak satu laman web nih..
ade info khas untuk anak2 dara kt lua nun..
maybe info nih bule la kite share kan..
mane tau ade sesape yang nak amalkan ke kan..
tak salah if kite cube..
sile klik di bawah:

Petua Melayu Lama untuk Anak Dara

Dalam masyarakat tradisi Melayu, terdapat banyak petua-petua melayu lama untuk perawan (anak dara) yang elok diamalkan agar sentiasa dipandang menarik, menawan dan cepat dipinang orang. Ini juga merupakan petua-petua yang boleh diamalkan terus oleh wanita yang telah berkahwin dan telah mempunyai anak.

Petua-petua berikut adalah koleksi dari berbagai pengalaman dan tulisan..
1. Bangkit Bersambut
2. Wajah Suci
3. Menyegarkan Payudara
4. Taman Semerbak
5. Lubang Jarum
6. Suara Perindu
7. Mengurut Pangkal Bunting Padi
8. Payudara Montok


1. Bangkit Bersambut
Apabila mahu tidur malam, duduk berlunjur dan rebahkan badan ke tilam tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Apabila mahu bangkit dan tidur, lunjurkan kaki dan bangunlah tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Cecah ibu jari kaki dengan kedua tangan.
2. Wajah Suci
Apabila bangun pagi, jika membasuh muka, elakkan dari mencucinya menggunakan sebarang alat pencuci atau mengesat muka dengan sebarang pengesat. Biarkan air itu kering sendiri pada muka. Jika mengambil air sembahyang pun, usahlah dikesat air itu, biarkan ia kering sendiri. Ini berfaedah mengekalkan kecantikan asli wanita, dan rnenjadikan muka bercahaya dan segar kerana pelembap asli muka tidak dibuang.
3. Menyegarkan Payudara
Apabila mandi, terutamanya di awal pagi, cucurkan air pancuran atau air paip ke atas kedua-dua belah payudara agar payudara sentiasa subur dan segar, tidak mudah jatuh
4. Taman Semerbak
Amalkan memakan makanan yang segar seperti ulam-ulam yang wangi baunya dan sayur-sayuran yang wangi sejak dari perawan. Amalkan sentiasa. Nafas dan badan juga akan menjadi wangi. Petua ini telah diketahui sejak beribu tahun yang lampau.
5. Lubang Jarum
Latih otot penahan kencing, seolah-olah seperti menahan dan hendak buang air kecil, kemutkan berulang-ulang. Kemudian kemutkan pula otot dubur seolah-olah mahu menahan dari buang air besar, berulang-ulang juga. Jika boleh jadikan ia amalan setiap hari.
6. Suara Perindu
Elakkan dari banyak memakan makanan yang pedas-pedas atau yang agak panas. Selalu minum air asam jawa. Berlatih bercakap dengan mengawal nada suara, jangan dilepaskan suara sewenang-wenangnya. Dikatakan bahawa suara perawan adalah bagai bunyi seruling yang merdu.
7. Mengurut Pangkal Bunting Padi
Biasakan mengurut di pangkal betis, iaitu dengan cara menekan dan memicit kawasan antara urat keting dan buah betis. Lakukan selalu, kerana ini baik untuk mempertingkatkan prestasi kepekaan rasa apabila jima’setelah berkahwin nanti.
8. Payudara Montok
Elakkan dari rneniarap di atas lantai sama ada di waktu siang atau malam, kerana meniarap dilantai akan mengendurkan payudara anda.

p/s: petue orang2 tue nih memang elok kite amalkan even skunk nih da banyak teknologi canggih kan..so tak salah cube amalan nenek moyang kite dulu..

bye2 (▂∩) 


Photobucket
 
Template by suckmylolly.com