December 21, 2010

recipe : kawaii ciskek.... yummy !



assalamualaikum everyone !

setelah sepurnama kita tak berjumpa adakah anda semua merindui saya? oh ! terharunyeeee kerana anda begitu teruja sekali ye (sangat perasan !) teeheee. tujuan saya menulis entry pada hari ini adalah untuk menunjukkan cara-cara bagaimana untuk menternak lemak dengan banyak sekali. oh ! sudah boleh bukak kandang lemak ye. oleh kerana dah alang-alang ternak lemak, saya selaku chef anda pada hari ini akan menunjukkan satu resepi iaitu cara-cara membuat kawaii ciskek atau dalam bahasa jawanya dipanggil kek keju yang comel. yaw ! memang berganda-ganda lemak anda lepas ni =____='

untuk membuat ciskek ni tidak la terlalu susah sehingga mengeluarkan peluh yang banyak ye puan-puan. anda hanya perlu menSEMPOIkan diri untuk membuat ciskek yang enak ini. jom kite cekidaout bahan-bahan yang diperlukan okeh? bahan-bahan yang diperlukan pula terbahagi kepada 2 bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B. cet ! da macam jawab exam lak ade bahagian-bahagian ni. hampeh !

BAHAN-BAHAN : untuk bahagian A

250gm keju krim philadelphia and 50gm mentega

100 ml fresh milk

6 biji kuning telur

1 camca sunquick (jangan tuang satu botol pulak ye)

60gm tepung kek

20gm tepung jagung
1/4 camca garam halus

BAHAN-BAHAN : untuk bahagian B

6 biji putih telur

140gm gula halus
1/4 camca bikarbonat

CARA MEMBUATNYA 

rebus air di dalam cooking-pot dan tenggekkan di atas stove. 

kemudian apabila air sudah  mendidih campurkan 250gm keju krim philadelphia, 50gm mentega dan 100ml fresh milk dalam cooking pot yang lain then tenggekkan ke dalam cooking-pot yang first-first tadi. sebab kite nak cairkan bahan-bahan tadi di atas air rebusan tau. paham tak? tak paham tengok gambar bawah ni.

asingkan putih dan kuning telur. amek kuning saja ye. kemudian masukkan 1 camca sunquick bukan sebotol tau. kemudian 1/4 camca garam halus, 60gm tepung kek yang da disukat serta 20gm tepung jagung. apabila lengkap ye puan-puan segala bahan yang diperlukan, perlulah mencampurkan segala bahan tersebut kemudian mix kan ye sehingga sebati dan gebu.

kemudian putih telur yang telah diasingkan tadi hendaklah dicampur dengan 140gm gula halus dan 1/4 camca bikarbonat. mixkan sehingga rata okeh sehingga jadi begini.

apabila sudah cukup sifat serta gebunya campurkan pula kedua-dua bahan tadi ke dalam satu bekas dan gaul sehingga betul-betul sebati. then barulah masukkan ke dalam loyang untuk dimasukkan ke dalam oven. panaskan oven dan setkan sehingga 60minit bersamaan dengan 1 jam.

sejam kemudian....
ting...ting...ting...ting...
(bunyi oven aku)

and hasilnye bolehla dimakan tanpa ragu-ragu. yummy ! deliciousoOoooOOooo !

SELAMAT MENCUBA

p/s : ade macam secret recipe tak?
p/s/s : tak pasal-pasal aku kena ganti tempat chef wan. *sigh !
p/s/s/s : agak-agak lulus tak nak kawen ni? haha.
p/s/s/s/s : akan bercuti rehat selama beberapa hari. kepada sesiapa yang ade exchange banner dengan aku or drop komen kt shoutbox nanti aku datang belog korang okeh. line memang lembab gile vavi sekarang ni. gua mane aku duduk pun taktau la T_____T

till then. xoxo 

Photobucket

December 19, 2010

2 stories in 1 entry ----- GIRLS OUT !



hye people :]
assalamualaikum !

its weekend yaw ! siapa yang tak suke dengan weekend sila angkat kedua-dua belah kaki kemudian cium. agak-agak ade bau tak (?) kalau ade bau sile la basuh kaki anda cepat-cepat sebab bau kaki anda sudah cukup untuk membuat ikan-ikan di laut mati. budak-budak sekolah suke sangat dengan weekend sebab diorang boleh main playstation puas-puas dekat rumah. girls suke dengan weekend sebab diorang boleh shopping puas-puas sampai tak hengat dunia. makcik-makcik suke dengan weekend sebab diorang boleh bersembang and gosip puas-puas dengan jiran sebelah rumah. pakcik-pakcik suka dengan weekend sebab diorang bule lepark dekat kedai kopi puas-puas dari subuh sampailah maghrib. senang cite takde siapa yang tak suke weekend kan?

begitu la kisah hidup weekend yang penuh dengan kegembiraan dan kontroversi. everyone loves weekend yaw ! sebagai gadis yang bijak mengisi masa lapang, weekend macam ni banyak la sangat janji temu atau dalam versi omputihnya 'dating'. dating ni pulak ade berbagai-bagai version. ade yang dating bersame kekasih. ada yang dating bersama kawan sejantina. ade yang dating bersama skandel. ade yang dating bersama adik/abang/kakak/ angkat. dan tak lupe juga ada yang dating bersama sugardaddy or sugarmummy masing-masing. lantak pi la diorang nak dating dengan sesiapa pun. ade aku kesah?

bagi gadis macam aku ni yang bolehlah dikatakan single and available (berminat sila beratur untuk ambil borang masuk meminang) banyak masa aku habis dengan kawan-kawan sekolah. walaupun aku bukan budak sekolah lagi tapi aku tetap bijak menghabiskan mase bersame kawan-kawan yang mempunyai kepala yang gila-gila. tak bermakna aku kawan dengan orang gile tau. kisah dating aku pulaks terbahagi kepada 2 kisah iaitu kisah semalam (sabtu) dan kisah hari ini (ahad). kisah ke-3 takde sebab weekend cuma ada 2 hari je. takpe aku redha jek kisah aku hanya ada 2 kisah T____T

KISAH PERTAMA : BERCANDA DI JUSCO CITY TEBRAU 


mengisahkan tentang dua orang gadis yang bertungkus lumus merancang satu plan baik punya untuk keluar bersama-sama dengan rakan-rakan yang lain. tapi malangnya plan mereka hancur lebur kerana rakan-rakan yang lain tiba-tiba terpaksa mengcancelkan rancangan yang telah mereka rancang baik punye itu. walaubagaimanapun mereka tetap meneruskan rancangan mereka walaupun terpaksa keluar berdua sahaja. itulah yang dinamakan KAWAN GILA-GILA ! dibintangi oleh Farhana dan Zahidah selaku model yang tersohor lagi hawt. memang camni la kitorang asal cuti sem je mesti jumpe member satu kelas and sekolah. 

KISAH KEDUA : BERCANDA DI BAWAH PEDANG DAN BERJALAN DI ATAS RED CARPET


mengisahkan tentang gadis-gadis riang yang telah merancang untuk pergi ke kenduri kawen bekas kawan sekolah mereka. dibintangi oleh Farhana Liyana Nureen Nazihah dan Aida. kepada kawan-kawan lain yang tak dapat join jangan jelesh okeh. teehee. tak lupe juga nak wish pada pengantin selaku kawan sekolah kitorang iaitu Nadiah Idris yang selamat diijabkabulkan dengan suami terchenta iaitu seorang leftenan TLDM. SELAMAT PENGANTIN BARU dear. part paling besh dapat tengok mereka kawen bawah pedang sambil berjalan di atas red carpet. kalau la aku mesti cuak takut cemas bimbang gementar nervous dan sewaktu dengannya.

begitulah kisah dating aku bersama kawan-kawan terchenta. dating bersama pakwe terchenta belum diterbitkan lagi. akan datang insyaAllah. dating bersama family pulaks akan diupload next week sebab next week my family plan nak pegi Cameron Highlands.
current mood : happy + tak sabar !

till then. bai bai 
Photobucket

Photobucket
 
Template by suckmylolly.com