December 31, 2010

WishLists untuk tahun 2011... Goodbye 2010...



Assalamualaikum !

hye everyone ! hari ni merupakan hari last kita dalam tahun 2010. tak sangka kan cepat je mase berlalu. and tomorrow kita akan melangkah ke tahun 2011. Goodbye 2010 ! im gonna mish u darling ! tahun 2010 bagi aku adalah tahun yang banyak tinggalkan kenangan suka dan duka. and korang semua pun macam tu jugak kan? kenangan yang buat kita ingat sampai bila bila. semakin kita melangkah ke hadapan semakin banyak cabaran yang kita akan tempuh. and cabaran itu la yang banyak mematangkan kita. aku bersyukur sangat selama 22 tahun aku hidup kat dunia ni. dan seharusnya bila bercakap pasal tahun baru mesti kita ada azam dalam hidup untuk kita jadi lebih semangat betol tak?

WISHLIST 2011

ekceli i've my own wishes untuk tahun 2011. banyaaakkkkk sangggaaaaattttt ! tapi takkan la aku nak list banyak banyak kat sini kan? okeh okeh aku list yang paling utama antara yang utama okeh. jom share nak?

STUDY : 4 my last sem untuk tahun 2011 nanti aku nak buat yang terbaik. selama aku blaja aku banyak sangat main main. tiap tiap sem nak study betol betol tapi hampeh ! tapi untuk last sem ni aku rase aku nekad kot. tolong jangan hasut aku okeh. tinggal lagi 1 sem je aku nak complete my degree. lepas je habis degree aku nak sambung buat master. masih dalam perancangan but depends on finance jugak la kan. hope sangat tuhan makbulkan doa aku. amin !

LIFE : tahun meningkat so umur aku pun meningkat jugak la kepada 23 tahun. wah ! suda tua maa ! hope tahun 2011 aku jumpe sumone yang boleh ubah hidup aku and boleh jaga aku. hope jugak tahun 2011 buat hidup aku lebih ceria tanpa rase stress. orang lain sibuk plan nak kawen tapi nafsu aku nak kawen belum ade lagi. hehe ! itu terpulang pada individu itu sendiri. cet ! sungguh skema ayat kau tuuuu.

BLOG : aku teringin nak ade domain sendiri untuk blog tapi itu just angan angan jek. jelesh okeh dengan liyanaa.com sebab beliau da ade domain sendiri T____T tahun 2011 nanti aku harap aku dapat update lebih banyak entry. and hope siapa siapa yang pena singgah blog aku ni tak serik nak datang lagi and kepada sesiapa yang jadi follower aku, aku ucapkan thanks banyak banyak sangat. aku buat blog aku taknak ade musuh dengan siapa siapa and korang ikhlas nak kawan dengan aku. aku sayang korang ketat ketat 

OTHERS : macam henfon ke lappy ke aku tak teringin lagi nak tuka. tapi macam camera and external hard disk tu akan dipertimbangkan nak beli kalau ptptn aku dapat satu juta. wah ! berjanggut la kau tunggu ptptn kau cecah satu juta. bila dapat duit je mula la pikir shopping mall mane lagi nak serbu kan? oh sale ! waiting for meeeeeeee......

ini tak termasuk wishlist aku okeh !

bye bye 2010 and welcome 2011

p/s : ini merupakan entry aku yang terakhir untuk tahun 2010 T___T. wait for the next entry yaww.
p/s/s : tinggal lagi 4 jam 30 minit nak masuk tahun baru. yeay !

Photobucket

December 29, 2010

Oh ! Tiramisu...



Assalamualaikum !

Tiramisu merupakan sebuah drama romantis yang telah dilakonkan oleh Pierre Andre yang memegang watak sebagai Dani manakala Sharifah Amani telah memegang watak sebagai Melur. pelakon lain adalah seperti adik Mia Sara sebagai Ayesha, Tania Hudson sebagai Liyana, Shiela Mambo sebagai Puan Gai, Zain Ruffedge sebagai Faris, Faizal Yusof sebagai Alias, Dira Abu Zahar sebagai Intan, dan lain-lain lagi pelakon yang hebat. drama Tiramisu ini juga telah menggantikan drama Seribu Kali Cinta yang ala ala 50 First Dates dilakonkan oleh Adam Sandler dan Drew Barrymore tu. pena tengok tak?

jangan lepaskan peluang menonton drama ini setiap isnin-khamis pada jam 7 pm start next week ! kalau tak dapat tengok dekat tb boleh tengok secara online dekat http://www.tv3.com.my/

courtesy of google

SINOPSIS
TIRAMISU mengisahkan cinta antara dua insan yang sudah berkawan rapat di zaman sekolah, Melur (Sharifah Amani) dan Dani Mirza (Pierre Andre). Walaupun Dani seorang pelajar lelaki yang popular dan diminati oleh ramai pelajar perempuan tetapi Melur yang baru berpindah ke sekolah tersebut tidak meminati Dani seperti pelajar lain. Ini membuatkan Dani ingin mendampingi Melur dan berkenalan dengannya.
Sebenarnya, Melur mempunyai masalah keluarga kerana abang iparnya seorang kaki judi. Malah, Melur sering diganggu oleh pemiutangnya dan Dani telah menyelamatkannya. Sejak itu, Melur dan Dani mula berkawan. Terdapat keserasian antara Melur dan Dani tetapi mereka tidak memikirkan soal cinta kerana usia masih muda.
Dani menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang Chef Pastry walaupun ibunya, Puan Gai (Sheila Mambo) mengharapkannya menjadi seorang peguam yang berjaya. Melur sentiasa memberi sokongan kepada Dani dan mencadangkannya supaya memujuk ibunya dengan membuatkan kek Tiramisu. Akhirnya, Puan Gai mengalah dan menyokong cita-cita Dani.
Sebelum Dani menyambung pelajaran ke London, Dani berjanji sekiranya mereka masih bujang pada usia 28 tahun, dia mahu mengahwini Melur. Melur terharu. Mula-mula, mereka masih berhubung melalui emel. Lama-kelamaan, mereka terputus hubungan dan membawa haluan kehidupan masing-masing.
Beberapa tahun kemudian, Dani telah kembali ke tanah air sebagai Pastry Chef terkenal di London. Dani bercadang untuk membina empayar di Malaysia. Selain itu, Dani juga mahu mencari Melur namun kecewa kerana Melur telah berpindah. Lyana (Tania Hudson) yang meminati Dani sejak zaman persekolahan masih terpikat dengannya dan menaruh harapan supaya Dani akan jatuh cinta dan mengahwininya suatu hari nanti.
Dani dan Melur pernah berselisih beberapa kali tetapi tidak pernah bertembung muka. Suatu hari, Dani terserempak Melur bersama seorang budak perempuan, Ayesha (Mia Sara Nasuha).
Dia berasa kecewa kerana menyangka Melur telah berkahwin. Sebenarnya, Melur berkorban untuk keluarganya selepas kakaknya bercerai dan bekerja di Singapura.
Sejak itu, Melur bekerja di kedai bunga dan menjaga anak saudaranya, Ayesha. Walaupun Dani dapat tahu bahawa Melur masih bujang tetapi Faris (Zain Ruffedge) tidak pernah berputus asa untuk memikat hati Melur telah mengaku dirinya sebagai teman lelaki Melur. Sekali lagi, Dani memilih untuk mengundur diri.
Masih adakah jodoh untuk Melur dan Dani? apakah yang akan terjadi kepada mereka? JOM KITA TENGOK KISAH SELANJUTNYA DALAM SLOT AKASIA TV3......


p/s : memang lawak cite ni. sengal sengal ubi pun ade.
p/s/s : aku rase watak Pierre Andre sebagai budak sekolah kurang sesuai kot sebab muke tue. patotnye carilah yang mude sikit. teeheeee 
p/s/s/s : macam nak mkn kek tiramisu pulaks . sedapnyeeee !
p/s/s/s/s : pasni da balik kolej tak dapat nak tengok cite ni T_____T

till then. xoxo 
Photobucket

December 28, 2010

jom exchange banner







disebabkan tak muat nak letak dekat sidebar saya letak banner yang kiut miut ni dekat tempat yang paling spesel tau..

tag2 tag2
Photobucket
Photobucket

come to me and lets exchange banner coz u're next........

begitulah kisah cuti saya.....



assalamualaikum and hye peoples !

as i've promised this before, here are some pictures that i wanna show you. aku malas nak bebel panjang panjang sangat sebab mood demam masih lagi ade so taknak la pening pening kan kepale yang senoneng ni. tanggal 23hb till 26hb my family da plan nak pegi vacation. mentang mentang holiday la katakan. macam macam destinasi yang dituju bile tibe musim cuti lagi lagi bile krismas menjelang. HOHOHO ! antara destinasi yang menjadi pilihan di hati.

MELAKA WONDERLAND THEME PARK & RESORT

belum masuk da teruja apelagi bile da masuk kan? rawr !
sangat ramai yang beratur beli tiket masuk. 
cuaca yang sangat hawt posing sementara menunggu ketibaan tiket masuk.
ibu serta 3 orang anak anak daranya.
pantai buatan sendiri. da macam mandi dekat beach betol betol
kecut  perut bile naik benda alah ni. nasib baik aku tak naik..
aksi yang sungguh menakutkan serta mengerikan
chicken dance oleh maskot yang comel comel
betol betol santai sambil tengok orang mandi. takde keje lain.
budak montel ni tido tanpa sedarkan diri sebab penat sangat.
ini muke owner belog ni. (promote diri)

setakat ni jela gambar dekat Melaka Wonderland Theme Park & Resort. aku malas nak mandi sebab tak bawak sun block. tak mandi pun da burn ape lagi bile mandi kan. susa betol jadi pompuan ni T______T

okeh next destination....

PANTAI MORIB, BANTING, SELANGOR

pemandangan yang indah di waktu senja
apakah haiwan itu ? cuba teka  
muke kepenatan tapi masih mampu tersenyum
ayah masih lagi pakai baju kerja sebab ayah terus jumpe kitorang lepas habis kerja. aku sebagai driver pada hari itu memang sangat penat sebab bertolak dari johor ke selangor semata mata nak jumpe ayah and meneruskan perjalanan ke destinasi yang seterusnya.

simpan dulu penat anda. ada banyak lagi picca tau......
perjalanan harus diteruskan malam itu jugak. okeh next destination....

CAMERON HIGHLAND

sampai Tapah rest kejap sampaila subuh. after solat baru teruskan perjalanan ke Cameron Highland. dalam perjalanan ke Cameron Highland kitorang sempat singgah di Hutan Lipur Lata Iskandar. besh woo sebab airnya yang sungguh sejuk.

adik aku yang poyo
kami merupakan lima beradik..
my parents sempat posing sakan kat air terjun tu
me and my sisters
nak posing jugak tak kireee !

dah puas posing dekat sini kitorang teruskan perjalanan sampai ke Cameron Highland. perghhh jauh gile ! dengan jalan yang bengkang bengkok macam tu memang la boleh buat orang mabuk.

first day : ladang teh
my beloved mami & dedi
terbaik dari ladang......
singgah beli oleh oleh. sungguh teruja !
waiting for mami and dedi yang tengah soping beli teh

first day : flower farm

first day : kebun sayur
sungguh fresh...
bertungkus lumus membanting tulang

second day : strawberry farm
strawberry Cameron yang segar
peace !

lepas check out hotel kitorang teruskan perjalanan ke Ipoh pulaks. ramai gile orang cuti krismas hari tu. then barulah teruskan perjalanan balik semula ke johor dengan senang hati. balik dari Cameron Highland kitorang adik beradik mabuk and muntah sebab tak biase dengan jalan ke Cameron yang bengkang bengkok macam tu. tapi memang seronok la sebab dapat bercuti dengan family.

till then. xoxo 

Photobucket

Photobucket
 
Template by suckmylolly.com