October 19, 2010

e'eh bulan ni bulan warna pink la


salam dari farhana fabulous


i like pink colour! i hate pink colour! i like! i hate! yang sorang like yang sorang hate. suke hati la kan nak like ke nak hate ke. yang penting depends on diri kite. eh bukan nak bergado pasal kaler pink ni. sebenanye nak bagitau yang bulan ni bulan merah jambu. merah jambu tu pink la kan? :]

korang yang rase diri wanita mesti da sinonim kan dengan kaler pink. tak lari dari kaler pink tu. ekceli ade ape dengan kaler pink ni? meh ceq nak habaq na. before this nak tanye uolls yang period ni da cek da breast uolls? e'eh lagi mau tanye. wahai kaum hawe sekalian, harusla kite mengecheck breast kite every month setiap kali mule haid pade hari ketujuh untuk memastikan payudara dalam keadaan normal serta tiada benjolan. haa baek check cepat. if ade benjol2 tu cepat2 pegi jumpe doktor okeh?


PEMERIKSAAN SENDIRI PAYUDARA (PSP)

periksa payudara pada hari ketujuh hingga kesepuluh ketika haid. terdapat tiga kaedah PSP yang dilakukan iaitu :

kaedah pertama 
periksa payudara ketika berbaring dengan meninggikan bahu kanan menggunakan bantal atau tuala. tekan payudara sebelah kanan menggunakan tangan kiri dengan pergerakan membulat dan rasakan sebarang ketumbuhan atau penebalan kulit. picit puting dan kawasan di sekelilingnya perlahan-lahan dan periksa untuk memastikan kewujudan cecair jernih atau berdarah. ulangi langkah sama pada payudara sebelah kiri.
kaedah kedua

berdiri di hadapan cermin untuk memeriksa payudara. periksa payudara ketika berdiri tegak, tangan diangkat ke atas dan kemudian memeriksa peyudara dengan tangan di pinggang. perhatikan sebarang perubahan dari segi saiz, bentuk, kehadiran lekukan atau sebarang perubahan dari segi bentuk dan kedudukan puting. pastikan anda memeriksa kedua-dua payudara.
kaedah ketiga

dengan kaedah ini anda boleh melakukan PSP ketika mandi iaitu apabila kulit anda basah dan bersabun. pastikan jari tangan kiri anda rata dan lakukan pada payudara kanan dengan tangan kanan diangkat ke atas. ulangi kaedah yang sama untuk payudara sebelah kanan.
sumber dipetik dari myMetro, Isnin, 18 Oktober 2010

the end


0 kiss(s):

Photobucket
 
Template by suckmylolly.com